Tarian Alai Sikap ini adalah tarian yang berasal dari Dearah Belait (Puak Belait). Tarian Tradisi ini bermula pada tahun 50an yang dulunya di kampong Kuala Balai. Tarian ini adalah untuk menghiburkan kaum keluarga apabila salah seorang antara mereka yang meninggal dunia. Pada mulanya masyarakat Puak Belait ini mempunyai satu kepercayaan yang bertentangan dengan Islam. Terjadinya tarian traditional ini adalah dari seorang lelaki yang bermimpi dan beliau terjaga dari tidurnya dan terus berfikir bagaimana untuk memperaktikkan tarian itu. Apabila beliau berfikir panjang dan memahami apa yang didalam mimpinya itu lalau beliau terfikir dua pergerakan yang di gabung menjadi MENGALAI & SIKAP.
Difinasi MENGALAI ini adalah yang tarian yang lemah lembut yang perlahan dan tarian lemah lembut tapi pergarakan yang laju. Didalam pergerakan yang laju mesti mempunyai tenaga dalam yang kuat untuk bernafas Kerna mengalai kalau dilihat walaupun ianya lemah lembut tapi beraksi pergerakan yang cepat ianya bergantuang pada musik yang mengiringi para penari.
Bagi SIKAP pula ianya adalah sikap atau perangai yang kita reka-reka dan yang membuatkan orang ketawa. Ianya boleh dikatakan lawak spontan. Apabila dua perkataan ini digabungkan ianya terjadilah dua perkataan iaitu ALAI SIKAP dan apabila maksudnya digabungkan terjadilah tarian ini dengan tarian yang aktif, pantas, cepat dan Lawak.
Pada zaman itu alat musik yang canggih seperti sekarang tiada yang ada pada zaman itu ialah Gulintangan. Alat musik inilah yang menhiburkan orang-orang yang datang pada masa itu. Tidak cukup dengan alat musik itu ditambah lagi dengan Kayu Alu yang khas untuk menghempas padi. Kayu itu dimain dengan cara ikut alunan musik yang pantas dan kayu itu di apit dan para penari yang bermain didalam kayu alu itu cuba bermain didalam kayu itu dengan aksi yang spontan.
Tarian ini agak Laju dan memerlukan pernafasan dan stamina yang cukup. Tarian ini adalah untuk lelaki saja. Dengan arang yang diconteng kebadan dan ianya nampak seperti orang minyak. Kalau kita amat-amati ianya seperti seekor hantu yang bermain-main.
Masa kini tarian ALAI SIKAP adalah menjadi satu tarian yang boleh bawa kemana-mana dan ianya tidak lagi berada di Kampong Kuala Balai bahkan dibawa keluar dari dearah Belait untuk dipersambahkan didalam mana-mana persambahan. Sejauh ini persambahan ALAI SIKAP adalah satu tarian yang boleh di anggap boleh menarik perhatian orang ramai terutama para pelawat dari luar negara. Semoga tarian ini menjadi satu tarian yang menjadi lambang kebanggaan bagi Puak Belait.
-putara bulan-


