
As salam, salam Jumaat. Hari ini saya ingin berkongsi satu ilmu yang boleh di kira penting dalam membuat analisa jual beli. Salah satu teknik yang selalu diguna pakai oleh para trader-trader. Garisan Merah yang telah di lukis adalah satu garisan penting untuk mengetahui sempadan harga Bear & Bull. Di rajah kita lihat, anak panah yang berada di sebalah kiri adalah harga terakhir Bear yang pernah di datangi. Ianya adalah satu petanda pertukaran harga akan melambung tinggi. Setelah harga sudah puas bermain di bawah untuk mengaut keuntungan, harga akan naik keatas untuk melimpasi garisan merah itu.
Kita lihat kotak besar biru, yang mana kotak biru itu adalah penguasaan harga Bull bermain di atas. Di sini kita akan melihat perubahan trend dari bear ke bull. Apa yang patut kita pastikan, tiada halangan yang akan menyekat perjalanan bull. Satu CandleStick yang memecahkan garisan merah akan kita gelar "Candle Breaking Line" dan candlestick kedua yang menerusi perjalanan kita akan panggil "confirmation candle"
Biarlah trend meneruskan perjalanan hingga berpatah balik ke garisan merah. Kita masuk harga bull pada kotak yang berwarna hijau seperti didalam rajah ini. Di lihat pada gambar ini, harga tidak dapat menembusi garisan merah kerana kekuatan Harga sebelumnya, ini bermaksud harga akan melambung tinggi untuk kali kedua. Di kotak hijau lah kita akan memulakan mengaut keuntungan.
Saya mengharapkan teknik ini dapat memberi awda idea & membantu sedikit ilmu. InshaAllah. Sekian
