Sunday, 7 February 2010

Sejarah Wayang Lama

Sejarah Wayang Lama Di Dearah Belait....

Pada tahun 70an wayang mulanya ditubuhkan di Jalan Mckeron Ditengah-tengah kedai Kuala Belait. Wayang pada masa itu kepunyaan seorang yang berbangsa China ia atu Mr Onn. Beliaulah orang yang pertama yang membuka wayang didearah Belait. Pada masa itu wayang yang ada hanya berdinding dan beratapkan daun nipah dan pancaran sinaran hanya sehelai kain putih yang besa memanjang. Pada masa itu tiada suara pada perlakun hanya bibit-bibit mulut bergerak.

Mengikut cerita orang-orang veteran mereka lebih gemar menyaksikan wayang bersama kawan-kawan. Keseronokan pada masa itu hanya tinggal kenangan sahaja. Suasana pada masa itu sungguh menyeronokan kerna berbagai lapisan masyarakat yang datang kebanyakan dari orang yang tinggal jauh dari bandar Belait.

Sebelum adanya Television hanya wayang sajalah tempat masyarakat pada tahun itu melihat cerita drama. Selalunya cerita-cerita yang akan disiarkan pada wayang ianya akan dipromosikan di ruangan radio. Pada masa dahulu yang terkenal selalu masyarakat melihat cerita-cerita Cowboy, Hindustan dan Melayu (P.Ramlee). Antara cerita yang masa kini yang masih ada ialah Chalie Chaplen, Cerita Melayu dan Hindustan. Harga tiket kemasukan pada masa itu hanya $0.50 sahaja. Dibandingkan dengan masa kini harga terlalu jauh... tapi masa dahulu hanya $0.50 boleh dikira mahal.

Sekarang kita hanya tahu kisah "WAYANG LAMA" tapi kita tidak tahu sejarah wayang itu. Rahsia Wayang Lama Di dearah Belait akan dikupas sedikit demi sedikit..

Sekian Sahabat Anda

-Putra Bulan-