Monday, 5 December 2011

Toyota Supra 2015

Some may remember, the concept was developed in 2007, but it didn’t take long until the plans were canned due to a priority adjustment in company’s direction.  they were more interested in developing hybrid-focused technology for the everyday motorist. Toyota did think about producing a 3.5-litre V6, high-output, hybrid engine for the Supra concept but saw little interest in chasing the performance segment at the time.

 However, the sports car will not be «fully green», because Toyota is planning to create more sporting version of Supra, which is possible without the cost of hybrid systems. There is information that a prototype of a future business model will be shown in this year’s motor show in Tokyo. Hybrid FIF-THS Sports was originally created as a separate model, and was to appear this year, economic situation, Toyota has decided to curtail the project until better times. All fans are, a sort of anticipation, or at least hint from Toyota, that really is scheduled to release of a new Supra.

Saturday, 3 December 2011

Akhir Datang

Seorang pesakit datang ke klinik untuk memriksa balik giginya yang sudah di bresesnya dari seorang doctor specialist gigi. Dia datang dengan kawanya untuk bersama kekelinik itu. apabila sampai di klinik, dia terus masuk ke bilik doctor tanpa membuat sebarang temujanji. didalam fikiranya kalau dia datang awal, dia akan masuk ke klinik awal dan mendapat layanan yang terawal. dia bertanaya kepada seorang pembersih di klinik itu. lalu lelaki itu bertanya kepada pembersih.

Pesakit : Selamat Pagi abg, nak tanya kenapa semua orang tidak ada dalam office, kan hari ni hari khamis?
Pembersih : Selalunya setiap hari isnin,selasa, rabu mereka datang awal, khamis dan jumaat mereka datang    akhir sikit.
Pesakit : abg saya nak jumpa doctor..
Pembersih : abg hari ini kan khamis.. mungkin dia tak ada didalam buat masa ini...
 






Saturday, 26 November 2011

Tak Logik Tapi Benar

Di negara Korea Selatan yang menjadi satu tarikan para media yang ingin menceritakan disurat khabar masing-masing adalah berkisarkan tentang perkahwinan seorang lelaki yang berkahwin dengan bantal kesayanganya. munkin pada fikiran akal yang waras, perkara tersebut tidak dapat di terima akal setiap manusia yang waras dalam fikiran tapi ianya benar-benar berlaku dinegara tersebut.

Lelaki yang obses dengan animasi kartun itu telah mengahwini sebuah bantal kesayangannya yang bergambarkan berbentuk kartun animasi. "cinta bersama manusia atau benda tidak ada bezanya tapi yang membezakan ialah bagaimana kita mengexpresikan cinta kita kepada sesuatu benda yang kita cinta, bagi saya tidak ada masalah kalau saya mengahwini bersama bantal kesayangan saya ini" kata beliau ketika ditanya oleh para media setempat. mungkin ada benarnya kata lelaki itu tapi kalau kita memikirkan dimasa panjang bagaimana dengan zuriat, kebahagian, keselesaan, yang dapat dibagi dengan Sang bantal itu?

Sesetengah negera membuat undang-undang adalah dibuat dari fikiran manusia dan fikiran itu cetus dari persekitaran hidup sekeliling setiap negera. ianya bergantung perilaku rakyat di setiap negara itu. Sebagai contoh "dadah" ada sesetengah negara yang membenarkan dadah ini berleluasa tapi asalkan tiada jenayah berlaku. Ugama sebagai panduan garis pandu untuk menjadikan landasan undang-undang itu betul dan diterima oleh akal fikiran setiap manusia. Penyebab kes-kes yang tak logik inilah menjadikan berlaluasa dimana-mana sebagai contoh festival Homosexual di benarkan ada sesetengah negara. kalau di ikut Ugama sebagai undang-undang dunia kemungkinan besar perkara sebegini tidak akan terjadi....

sama-samalah kita renungkan....

Thursday, 10 November 2011

Malam Hiburan

salah satu lagi trend party yang masa kini meletops dikalangan remaja ialah "DJ Party". Trend yang sebegini sebenarnya adalah dibawa dari negara barat yang mengaplikasikan combinasi rentak musik asal dan rentak musik yang menarik bertukar menjadi musik rentak Dj yang boleh menghiburkan para penari yang datang. yang penting gaya cara permainan Dj itu sendiri tuk menghiburkan.

Dahulu pada tahun 40'an trend malam hiburan ialah 'Mukun'. mukun adalah sebuah gendang atau irama yang menghiburkan dengan kata-kata nyayian. Liriknya pula berupa pantun yang adakalanya sidiran, nasihat dan ada juga yang hendak memikat pemukun. Dalam tahun 80'an irama malm hiburan bertukar menjadi modern sikit iaitu 'Band Gambus'. rentak-rentak lagu yang di bawakan kebanyaknya ialah rentak musik cintan, dangdut, dan sebagainya. band gambus ini mempunyai peminat sendiri dan gaya tarian anak muda ada sedikit aktif berbanding dengan mukun

sekarang di abad melenium ini irama hiburan rentak musik sudah bermacam-macam gaya. modern, kelasik, kontemporari dan sebagainya sudah di jadikan satu. yang penting malam hiburan sudah tiada batas lagi. keseronokan anak muda mudi sudah terbiasa dengan irama musik. apa yang penting hiburan biar sekadar hiburan dan zaman muda biarlah terisi dengan kenangan indah. 

Wednesday, 9 November 2011

signing Contact!!

salam sejahtera kepada semua, hari ini 9.11.11 saya sendiri menandatangani satu contract diatara N.B.T dan aku. Hehehe walaupun ianya saat mengimbarakan tapi bukan senang berkerja sebagai Sales Consaltant. insyaAllah apa yang ku pelajari dari mana-mana ilmu mengenai Business dapatlah membimbing aku tuk terus berjuang dalam Sales Consaltant. Ada yang cakap Sales Consltant best, ada yang cakap paksa work harder dan ada yang cakap mudah kalau banyak usaha. apa yang penting bagi aku sekarang kumpul duit tuk menebus yang apa yang patut di tebus membina Asset dalam dan luar negara.

Masing-masing mempunyai impian samalah macam aku, mahu impan jadi kaya dan bahagia bersama Isteri tersayang hehehe... balum kawin dah angan-angan mahu kawin. dah kawin macam-macam alasan nak jauh dari isteri... ish..ish..ish... atu aku nda mahu. jauh melaikat 44.

best jua lama nda bercerita dalam blog ani. malar sibuk saja business ani. sampai nda terurus blog sendiri.

Monday, 24 October 2011

Besia

Perkataan atau Bahasa Melayu Kedayan Brunei dan Melayu Standard lebih kurang dari segi percakapan tapi memberikan maksud yang sama seperti yang kita tahu percakapan Kadayan ini tiada huruf "R". ada kala nya setiap perkataan atu berlainan maksud. kalau ayat digunakan dengan betul maka perkataan atu lurus digunakan. sebagai contoh perkataan "Besia" asal perkataan "Sira" maksud garam. tetapi perkataan besia bermaksud "mereka"

Ibu : Cuba bagi besia arah masakan sayur mu atu?
Anak : udah ku masukan sia arah sana....

Besia bermaksud "Garam"

Ali : Cuba bagikan barangan rumah arah besia, sanang keraja mu di umah.
Ahmad : Udah ku bepasan arah besia, ganya durang ani nda merati

Besia bermaksud "Mereka"

Friday, 21 October 2011

L.D.R

L.D.R bukan ertinya Long Dick Resistance... tapi Long Distance Relationship. bukan sanang mahu jaga L.D.R ani tapi bagi aku sendiri ianya adalah bergantung pada Kepercayaan, Kejujuran dan Keikhlasan. kata orang L.D.R ani mempunyai ongkos yang besar terutama kepada pasangan yang berlainan negeri dan bangsa. bagi aku sendiri ianya adalah satu cabaran dalam bercinta. kesungguhan dalam bercinta boleh membuahkan hasil dan ianya bergantung kepada individu.

bagi aku sendiri masalah wanita tentang L.D.R ini adalah tentang kepercayaan. apabila sang lelaki bercakap tentang keadaan sebenar, sang wanita tetap berfikiran negetive, gerenty ada saja perkara yang tak masuk akal bermain difikiran wanita. sang lelaki tidak mahu mengeruhkan keadaan. tapi keadaan wanita yang memaksa untuk menipu. mungkin ini adalah pengalaman tapi berlajar dari landasan kehidupan.

Saturday, 15 October 2011

Unconfy

setiap perkara memerlukan keselesaan. tidak kiralah dalam dunia persembahan, kerja, kehidupan dan yang penting didalam pergaulan harian. pergaulan ini tiada terhad dari pada "personal contact" internet, business dan sebagainya. sekarang cerita hangat di sekeliling ku ialah perkataan UNCONFY... kisah intake lama dan intake baru menjadi perbualan hangat. intake lama ni kan meliat persembahan tanpa pengetahuan intake baru... setiba-tiba intake lama di halau keluar dari dewan latihan... hehehe semangat untuk melihat bertukar menjadi duka. sebagai intake lama mereka memberikan sokongan dan belajar melalui pengalaman tapi bagi intak baru ianya kurang senang dengan kehadiran intake lama ini...

suatu perkara lagi UNCONFY ialah pergaulan yang terbatas dengan perasaan yang sombong. satu masalah manusia yang sukar dihapuskan bila tuhan memberikan ilmu yang tinggi dan tidak mahu menerima semua perkara sekeliling. pepatah melayu ada berkata "ikut resam padi semakin tinggi semakin tunduk". adat-adat melayu banyak menyediakan nasihat, peribahasa, sajak dan lain-lain untuk panduan manusia bangsa melayu khususnya tapi melayu sendiri tidak mengaplicasikan sendiri.

tidak salah nak jadi sombong, sombong adalah hak individu tapi masalahnya kesombongan membawa kerosakan pergaulan. aku sendiri stress dengan kawan-kawan yang sombong terutama dalam golongan business dan punya pangkat tinggi dalam kerja. Ah!! peduli apa durang ada kerjaya, cakap apa-apa pun nda berbayar kecuali pakai telipon... aku manusia yang punya pengalaman hanya tunduk dan mengaminkan saja yang penting aku tahu sapa aku. semoga tiada lagi orang yang sombong ku jumpa selapas anie...

Wednesday, 12 October 2011

Perkataan Menjadi Kenyataan

kita pernah dengar setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah doa. sebenarnya apa yang kitani katakan adalah dari kata hati kecil. kadang-kadang tidak sadar setiap apa ang kita katakan, terfikir sebagai kita guruan tapi bagi yang menerima kata itu ianya serious. macam kawan aku sendiri baginya kata "BODOH" adalah gurauan.... apabila turun ke miri, Sarawak ia malar melemparkan kata bodoh arah kawanya. setiap perbuatan salah sikit ada saja kata bodoh yang kuar dari mulut nya...

bila sampai di salah satu mall miri, ia turun sekajap tuk membali buku..

Sabri : turun kan aku sekajap, aku kan bali buku.
Driver: ok tu, dapan ani saja?
Sabri : awu lah bodoh... hahaha
Driver: kasar tu bro...
Sabri: main-main saja wah... hahaha

apabila masa berlalu 40min... sabri tunggu dapan pintu mall sangat lama, tahap kemarahan sabri sungguh tinggi...

Sabri: manakan ko batah ku nunggu...?!
Driver: elax wah bro, sasat ku tadi. maklulam orang bodoh anie mudah sasat...
            ko jua ucap aku bodoh... nah! karma plang hahaha

Sabri yang marah sudah menjadi cool dan ia menyasal mengucap orang bodoh... balasanya berbalik arah kedia...

      

sa

Friday, 7 October 2011

2 biji telur

nah! ini gambar yang menjadi tanda tanya kepada kami berdua. persoalanya adalah apakah maksud gambar 2 biji talur ini? secara kasarnya 2 biji telur ini sedang bercinta dan warna merah sebagai latar belakang adalah kehangatan bercinta. sekarang aku ingin kongsikan sama pembaca apakah maksud sebenarnya gambar ini....

Breslin : can u guess what this pic mean?
Bany   : sure, its only 2 eggs.
Breslin : no, its give meaning...
Breslin : look at it... seems like he wana talk something to the gurl
Breslin  : but she comfuse with the boy.
Bany    : u noe why she look confuse?
Breslin  : no, why she confuse?
Bany    : did u hear eggs can talk?
Bany    : no rite?
Breslin  : thats why i wana bite u...
Bany     : hahahahaha

sebenarnya lelaki ni kalau bercinta bukan tiada perasaan cinta di expresikan, lelaki  hanya mahu memikirkan masa hadapan sama kekasihnya dan tidak mahu memikirkan dengan perkara remeh temeh ini. tidak salah untuk berfikir sesuatu perkara tapi harus ingat lah, banyak lagi perkara harus difikirkan selain seperti gambar ini. kepada kaum wanita, cuba kita sama-sama fikirkan masa hadapan. yang penting kita rancang sama-sama. rancangan adalah garis pandu tuk kita menghadapi masa hadapan.


Thursday, 6 October 2011

selamat jalan sahabat Huda

kenangan yang kita lalui ini adalah satu pengalaman yang indah. dimana pun kita berada dengan menjalankan tugas ianya pasti mnjadi restaan suatu hari nanti walaupun ianya baik atau buruk. seorang anak dagang peranta ang mencari pengalaman di negeri orang mungkin merumitkan, tiada sanak sadara, tiada keluarga, yang ada kawan baru. aku meliat sahabat ku huda yang dalam lingkungan usia muda, bekerja di perantauan negara orang bukan senang. setiap masa yang di lalui semasa berkerja sama aku, selalu didalam kesunyian dan kadang-kadang kemurungan. tapi bagi aku Huda (memang nama sebenar) seorang yang tabah menghadapi segala dugaan setiap hari berkerja.

seorang yang santai lagi keren (bahasa indonesia) dan kurang bercakap hidup nya biasa saja membuatkan kami sama kerja sama ia senang saja. yang pastinya huda tidak banyak cakap tapi dia punya kemahiran yang tersendiri. sebagai seorang cameraman di satu produksi local beliau tidak lokek tuk berkongsi ilmu, cara ajaran nya juga santai. heheh...

apa diharapkan dengan kepulangan huda ke tempat asal jogja memberikan suatu inspirasi yang hebat dan berjaya dengan impianya.

Wednesday, 5 October 2011

sebutan

Kadang-kadang bukan pendengaran kita yang masalah tapi percakapan orang lain yang tidak lurus. apabila mengingat kan kembali masa mengikuti programe jelajah asia+japan (Kapal Belia) sungguh cali. sebanyak enam buah negeri Malaysia, Thailand, Singpura,Indonesia, Vietnam dan Japan kami jelajahi. banyak perangai dan karenah semasa dalam perjalanan. ianya mengambil slama 53 hari.

Bukan perjalanan yang nak aku story tapi semasa makan bersama keluarga angkat di negara vietnam. suasana sungguh tenang berada didalam rumah. Alhamdulillah keadaan rumah ku tinggal biasa saja yang penting selesa.

Apabila waktu makan malam makanan di hidang sungguh sekali. kami makan bersama belia sukarela yang juga sebagai translater kami. dengan penuh ke sopanan dia menerangkan dengan satu persatu adat mereka, ada satu ketika. kami tersilap dengar... dog dan duck hampir sama bunyinya...

"this vegetable is nice and it gud for ur health, this chiken is nice also, this local fish, this dog" kata translater kami.
WHAT DOG....? sory don't eat dog, we're muslim...." balas aku dengan selera yang hilang. aku rasa nak muntah apabila melihat anjing. tak tercapai akal ku bila dia menyebut "dog"

ia tanya lagi "is duck is nice?"
aku jawab " is there dog or duck?"
dia jawab " Its duck not dog"
kawan aku jawap " plz pronounce correctly, bcoz we dun eat dog"

lapas tu aku sama megat ada geram sikit sama budak tu... terus hilang selera makan kami pada malam tu.

perjalanan menuju kejayaan

kejayaan bermula dari usaha yang gigih, kemahuan dalam kejayaan. impian adalah satu titik permulaan bagi menuju kejayaan. berbagai macam usaha yang harus di buat tidak kurang juga dengan cabaran yang datang. inilah sebenarnya dugaan seorang yang mahu berjaya. bagi aku sendiri yang sudah jatuh didalam dunia perniagaan banyak perkara harus di fikir. masalah pekerja lah, masalah financial, masalah penjalan. semua aspek mahu diambil kira. kalau hanya tahu mengarah baik duduk dalam store.

 ini yang ku pelajari semasa dalam process kehidupan berkerja. macam-macan karenah pekerja, boss, kawan, lawan harus di tempuhi. hari-hari mendatang bagai kan satu pelajaran yang tidak formal bagi ku. ianya mengajar cara kita bergaul berbagai-bagai orang. macam-macam kerja ku buat dan macam-macam business ku pelajari. mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"bukan senang nak jadi senang, tidak susah kalau mahu jadi susah..." itu lah pepatah yang digunakan orang dahulu kalau nak berjaya. nak berjaya haruslah berusaha dngan tekun. nak gagal bukan susah hanya melihat orang berjaya dah kira gagal... apa yang ku harapkan, perjalanan business ku mulai sekatang hingga berjaya nanti ni adalah satu cerita ang indah bagi yang ingin tahu... berjaya dihadapan hanya tinggal berjalan dan berusaha...

Wednesday, 28 September 2011

Mimpi ular hitam

mimpi mainan tido yang selalu indah ada kalanya menakutkan... bagi aku sendiri mimpi adalah mimpi yang menghiasi malam hari aku. bukan mimpi yang membawa petanda kepada hidup tapi ada sesetengah orang kita yang di zaman sekarang masih lagi memikirkan mimpi membawa maksud yang baik, buruk dan segalanya... tafsiran orang tentang mimpi berjumpa ular ialah ada orang yang akan menghianati si pemimpi...

sini ku kan ceta sikit pasal mimpi ku yang melanda aku. sewaktu dalam mimpi keadan brlaku di negara vietnam nak berjumpa kekasih di sana. semasa berjumpa BT nda mahu menceritakan masalahnya dan ia mnangis... aku dengan perasan yang memajal bertanya ia... last kali aku settle dan bawa ia jalan ke suatu tempat yang masih samar-samar....

apabila BT balik ke rumahnya, aku balik ke hotel sama kawan. apabila hendak tido... mata terlalap ada terasa benda yang bergerak... apabila buka mata rupanya ular hitam. aku lari dengan cool dan keluar dari bilik... nda batah tu terbangun tia aku... hehehe

apakah maksud sebalik mimpi itu? hmmm

titik permulaan

hari silih berganti, masa kian bertukar, hati perasaan tetap berubah... itu lah yang terjadi pada seorang anak yang bakal jadi pedagang tempatan. hehehe menceburi bidang perniagan bukan perkara mudah. titik permulaan adalah dengan mengorak langkah kecil tuk menyusun strategy perniagaan.

kelmarin Shopping di market membeli barang basah perniagaan sungguh meletihkan. bagi aku sendiri nda biasa dengan barang2 macam ni. nah!! ini adalah peluang tuk berlajar. hehehe bermotivasikan hari-hari yang di lalui adalah satu pembelajaran yang patut di ambil kira...

semoga permulaan perniagaan adalah lambaran buku baru dalam dunia perniagaan...

Saturday, 24 September 2011

Cukup sekali saja!!

selepas peringkat saringan pertandingan diadakan hanya 4 hantu yang layak ke peringkat akhir. perlawanan ini di adili oleh senior-senior dan juara-juara yang pernah manang di peringkat dunia. apabila acara ini bermula..

hantu pertama
"HAHAHA nah ini hasil ku, 3 kepala untuk kamu semua. hanya 1 jam 15 min ku habisi penduduk kampong jung serenuai"

tapi badan hantu itu tidak ada darah langsung dan sungguh pantas sekali. badan hantu itu sungguh besar dan semua hantu pesaing takut dan ini adalah gegaran yang pertama. sekarang hantu kedua mencuba nasib lagi...

hantu kedua...
"HUAHUAHUA dengan bangga ku bawakan 5 kepala tuk kamu semua. hanya 45min saja ku habisi penduduk kampong lang buana"

di bahagian bawah badan hantu itu berlumuran darah dan kepantasanya sungguh dikagumi oleh hantu-hantu yang lain. kini tiba pula hantu yang ketiga...

hantu ketiga...
" HUAHUAHA walaupn aku letih dan umur 500 tahun tapi dapat menghasilkan 10 kepala dan kampong lalang putih tiada lagi berpenghuni"

wah! lagi hebat hantu ktiga ini membuatkan hantu yang muda dari nya tercabar dan bangga dengan pencapaian yang sekejap hanya 30min tuk menghisap darah para penduduk kampong... sekarang tiba pula hantu ke empat seekor wakil hantu yang muda telah mengalahkan beratus-ratus hantu yang mengikuti peringkat awal. ini adalah satu kebanggaan bagi warga hantu muda. tidak kurang juga ada hantu yang iri hati dengan kehebatanya...

Perlawan terakhir dengan hantu ke empat bermula... satu... dua... tiga... MULAAAA...

hantu ini sepintas kilat meninggalkan perlepasan dengan angin yang kuat dan tiada meninggalkan kesan tapak kakinya... semua para hantu yang meliat kagum dengan kepantansan nya...

15min kemudian....

hantu-hantu yang lain bersorak dan gembira meliat dengan kepulangan hantu ke empat. kepantasanya selama 15 min ke garisan penamat sungguh menakjubkan dan habis berlumuran darah seluruh badannya. sudah tentu kemenangan itu miliknya. hantu itu tidak berkata apa-apa selepas dari sana... apabila bertanya kepadanya, dia hanya menangis sambil mengadu....

"sumpah aku tak lagi kacau penduduk kampong dan tak nak join korang dalam pertandingan ini lagi, habis aku dihantam oleh penduduk kampong, kena belasah dengan kayu kepala aku. habis berdarah badan ku, ni baju ku sapa nak cuci?"

kebebasan...

Dalam segala terperinchi dunia mahukan kebebasan yang senang... macam atu jua aku yang sentiasa memerlukan dan membutuhkan kebebasan. kebebasan mempunyai satu maksud yang luas. salah satunya adalah BERHENTI BEKERJA!! mungkin ianya adalah satu perkara bodoh, tapi ianya adalah kebenaran.

hasil dari pertengkaran sama majikan yang tidak tahu erti masalah atau tiada merasa rendah diri terhadap pekerja, aku membuat satu jawapan yang boleh dianggap bodoh tp berkesan kepada company yang aku tinggalkan... sekarang aku tetap teruskan perjuangan hidup. "perduli amat sama mereka, bukan mereka yang bagi aku makan" mungkin pada jahilnya berhenti kerja yang di sayangi itu bodoh... tapi bagi aku ianya adalah satu lonjakan batu besar tuk aku berjaya dalam hidup. hanya dapat didengar dari teman teman "Kasian Deh Loh" hehehe...

bila bertanya pada seseorang, mungkin malu apa aku ada masa kini? ia ada pelajaran yang boleh membina hidup.. aku bakal ketua keluarga di masa hadapan hanya ada semangat yang kental tuk hidup... hmmm... yang penting berhenti kerja bukan satu titik noktah dalam hidup... tapi titik permulaan tuk berjalan daripada merangkak terus berdiri...

buat sahabat yang lain... tiada masalah tiadalah kehidupan yang berjaya... doakan tuk yang terbaik tuk semua...

Thursday, 15 September 2011

aksident di Jangsak

Pada 15/9/11 yang lalu satu kemalangan sendiri  terjadi di kawasan Jangsak daripada jalan Sengkurung Jangsak menuju ke Beribi sebelum simpang Telanai. Kemalangan itu dalam keadaan hujan dan jalan licin menyebab kereta yang di pandu tersisir ke tepi dan naik ke stable dan masuk ke jalan sebelah. Kemalangan  ini tidak membabitkan mana-mana kereta. Kemalangan ini berlaku kira-kira seawal pagi dalam pukul 8. Pemandu dan penumpang didalam keadaan selamat hanya cedera ringan saja.

-putera bulan-

Wednesday, 7 September 2011

Tour De' Brunei

Pada sebelah Pagi tadi brlangsung nya satu perlumban berbasikal De’ Tour Brunei. Acara Pada pagi ni bermula di Bandar Seri Begawa berakhir di Dearah Belait. Acara ini adalah anjuran Perseketuan basikal Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam dan di sokong oleh Jabatan Kemajuan Perlancongan, Negara Brunei Darussalam. Acara ini ditaja oleh Syarikat-Syarikat tempatan.


Objektif acara ini adalah untuk kepentingan Negara dimana ianya akan menjadikan Negara Brunei Darussalam salah satu destinasi perlancongan yang dinamik dan dapat menaikan nama Negara di persada antarabangsa dimana salah satu negera yang mampu mengendalikan satu activity sukan yang bertaraf dunia. Ianya juga dapat menaikan taraf ekonomi Negara dari segala sector termasuklah kebudayaan sendiri.


Sebanyak 16 pasukan yang menyertai pertandingan ini dan Negara- negaranya ialah Negara Brunei Darussalam, Vietnam, Malaysia, Uzbekistan, Iran, Taiwan, Singapore, Thailand, Indonesia, Australia, Holland, Philipines. Sebanyak USD 67,1400 sebagai hadiah bagi pertandingan ini berlangsung. Perlumbaan pertama pada kali ini di menangi oleh pasukan Malaysia.



Friday, 2 September 2011

Hari Raya BPY'10

semasa bpy'10 beraya ke Dearah Belait. mungkin pengalaman baru dirasai bersama. walaupun jumlah yang kurang memuaskan tapi bukan bermakna raya bpy 10 ni tiada kenangan... sungguh cali and happening masa beraya. peserta yang menyertai ialah HALIP, ABU, JANNAH, KHAIRAH, GEE, NAZZ, G-1, and the owner blog... BANY MARU hehehe... dalam masa yang singkat, kami peserta yang beraya d kb ni ada cerita yang mahu di kongsikan...

Cerita Pertama...

locasi beraya selapas rumah bany ani ke rumah abg alai di rakyat jati, seria. sebelum k rumah abg alai mengambil GEE dan bany sendiri mengetuai rombongan menuju kerumah abg alai... apabila sampai di rumah GEE, ku call kedia dan gtau rombongan BPY sampai, Gee tunggu d luar rumah dan sambil telipon aku, tunggu yang agak lama rupanya kami ani salah rumah...
nasib owner rumah tu nada kuar dari rumahnya. mun nda lagi basar kemaluan kami..


Cerita Kedua...

apabila beraya di rumah abg alai, satu rombongan kanak-kanak yang sedang mengetuk pintu. tidak di layan oleh abg alai selaku tuan rumah. dalam lama jua lah durang tu mengatuk pintu. lapas tu nada lagi durang katuk. selepas beraya dan keluar dari rumah mahu pulang, rupanya kasut GEE and KHAIRAH kana curi oleh kanak-kanak kawasan sana, kami heran dan kami saling tuduh menuduh. Focus tuduhan atau suspek utama AKU!!... aku nda bersalah...

kasut GEE bida n 3 tahun sudah n ada rusak and KHAIRAH kasutnya XXX & Keith yang di balinya di singapore menjadi tarikan si pencuri. yang penting kasut drg ani h.hill n lawa. hahaha kan menangis drg jua tadi and ada kanak-kanak lain datang ke arah kami dan bertanya " ada kasut hilang?" rupanya yang menyerah kan kasut GEE and KHAIRAH ni kira penyelamat. mereka adalah kawan kepada c pencuri, tapi drg anie bukan pencuri.

Moral of Story...

1/ apabila kanak-kanak mengatuk kan beraya gtau saja nada urg or buatkan lebel di luar "Kanak-Kanak yang tidak bersama Penjaga tiadak dibenarkan masuk"

2/ selipar o kasut mahal jgn simpan di luar

3/ jgn saling tuduh menuduh tanpa usul periksa

Sunday, 28 August 2011

ketika berkosentrasi sembahyang

ketika sembahyang dalam keadaan yang bersih dan focus pada sembahyang hendak menghadap ALLAH yang satu. didalam kisah yang hendak dikongsikan ini, bukanlah untuk gurauan agama tapi sekadar cerita lucu kita semua...

ada 3 sahabat yang bukan tidak tahu tentang ilmu agama, tapi kurang menghayati tentang ilmu agama. Khairul, Leman dan Abu (bukan nama sebenar) sahabat karib semasa bujang dulu sampailah masa sekarang masih juga bujang. durang bertiga ani andang sedikit nakal. apabila umur meningkat dewasa si Leman serta sahabat yang lain berubah menjadi baik.

suatu hari apabila Leman selesai sembahyang zhuhur didalam masjid, datang pulak si Khairul n si Abu dengan bertujuan bersembahyang bersama... Abu mnjadi imam Khairul jadi makmum

apabila sembahyang terdengar suara orang bercakap....

"salam, encik dapat tak perlahankan suara, kawan saya sembahyang di depan" tegur Leman kepada orang yang bercakap.

si khairul menjawap ketika sembahyang...

"Tak paham-paham orang nak sembahyang, tak ada consentrasi langsung" jawap khairul yang menjadi makmum dgn nada yang perlahan.

"kalau nak sembahyang mesti lah consentrasi, jangan bercakap waktu sembahyang, nanti batal sembahyang" Leman membalas kepada khairul yang sedang sembahyang.

"Huh! nasib aku tak cakap, kalau tak batal lah sembahyang aku ni" suara Abu kedengaran...


motive cerita ini : tidaklah salah bercerita di masjid atau dimana-mana tapi ingatlah orang sekeliling kita dan suara harus dikawal jangan sampai mengganggu consentrasi orang lain.








Kisah Kadai Gunting...

Saloon atau barber shop atau dalam bahasa melayu kadai gunting rambut adalah tempat kita menggunting rambut. seperti biasa tukang gunting rambut menjalankan tugas sebagai penggunting mahir yang sekian lama aktif selama 11 tahun. pengalaman beliau tidak lagi di ragui. daripada gaya sudah memadai dengan pengalaman. apabila membuka cerita tentang kawin, tukang gunting ni cerita hati yang gembira bercampur duka.

dengan nada yang lembut tukang gunting tanya

hye, bro datang sini sorang ke?" tanya tukang gunting

ye lah bro masuk sini sorang2 tak nak ada yang mahu teman" jawap saya dengan lawak selemba

hmm, lu sini buat apa?" tanya balik tukang gunting.

hai, nak gunting lah takkan nak menjahit pula?"aku jawap dengan nada heran

tak de, saja nak ceta masa kini wanita manyak demand" tukang gunting membalas.

ye lah dah tak kana bagi, mesti lah nak demand labih sikit"

sambil ceta sambil terfikir....
dengan perasaaan aku yang simple terfikir kenapa dia nak share ceta rumah tangganya...
mungkin tukang gunting ini kesunyian...

Churhat

salam buat semua yang sedang membaca blog yang sadang famus ini. tiada ada yang hendak di share kan bersama pembaca. hanya ingin mengongsikan kisah kawan yang lama nda berjumpa lama. lapas luahan hati yang dikongsikan oleh kawan ini, dapatlah di ambil iktibar sebagai pengajaran hidup kita semua...

Mawar (bukan nama sebenar) ni budak baik yang selama aku kenal kdia anie mesti ada saja masalahnya yang timbul. masalah yang ngetop ialah MASALAH KELUARGA. bukan nak memburukkan keluarganya tapi hanya sekadar bercerita sebagai tauladan. setiap pengorbanan yang dilaluinya adalah sebagai cabaran harian yang diberikan oleh Allah jua. masalah keluarga yang tidak memperdulikan makan minum pendek kata hal ehwal rumah, membuatkan beban ini menjadi-jadi. kakak yang lain dengan masalah sendiri, nda balik-balik rumah sampai beberapa bulan. ibu plang selalu marah dan menginginkan yang terbaik dari anak...

Si Mawar mempunyai perasaan yang tabah dan baginya keluarga adalah segalanya. sedangkan kakanya sendiri menipu dan mengkhianati diri si mawar. itulah masalah c mawar yang kian hari melanda dirinya. Nak menjelangnya bulan raya ini, si Ayah pulak asyik memikirkan semua anaknya dengan harapan dapatlah duduk bersama dan bergembira.

Harapan masalah si mawar dapatlah dikurangkan dan mendapat jodoh yang memahami...

-putra bulan-

Wednesday, 24 August 2011

Connection!!

kan lagi seronok bersembang dan bersantai sambil minum teh tarik. topik yang di bincangkan pasal bola. minuman tak henti-henti di tempah dari pelayan restaurant. hampir berjam-jam santai sambil duduk bercerita menunggu sahur. si pelayan memainkan peranan untuk mengambil tempahan. 4 orang si pelepak ni sembang sambil main Lapy. sesi gatai nak tackle dah mula. skill yang biasa dipakai.... "word killer" kisah begini....

"excuse me, what happen to the connection?" si pelepak pertama nak buka skill sama teman.

" hold on sir, i reset back the internet" si pelayan restarant dengan nada pelahan.

5min berlalu....

"excuse me, still no connection to wifii?" pelayan tanya

"yea i still got connection with my wifee (wifi)" si pelepak jawap dengan sibuk main lapy

so tander pun turun... skill nak ngurat dah abis... berlagak bujang tapi dah kawin....


"

Monday, 22 August 2011

Sang Pemimpi



setelah LASKAR PELANGI dipromosikan, kini SANG PEMIMPI dikongsi bersama. Film Sang Pemimpi adalah sambungan daripada film Lasakar Pelangi. berbeza dengan Laskar Pelangi yang penuh keceriaan dan keluguan anak-anak belitung, Sang Pemimpi berkisahkan tentang persahabatan, pembentukan karakter, pejuangan untuk mencapai cita-cita dan hubungan cinta serta dukungan seorang ayah demi masa hadapan puteranya. Ronny P. Tjandra adalah suteradara bagi film ini.

Sunday, 21 August 2011

Tentang Perasaan

Apabila bercerita kisah perasaan ani, zaman sekarang dinegara kita cinta kaum sejenis sudah berleluasa. kaum gay dan lesbian secara terang-terangan sudah semakin berani bergiat. apa bila kami 3 aku, syawal, syla berbahas dengan topik ini, nampak gayanya kami tidak menyokong pada golongan ini. sahabat syawal samanya kuliah di uni pernah membuat kajian tentang golongan cinta sejenis, kajian yang dibuat mendapat perhatian ramai dan pandangan orang ada yang setuju dan tidak kurang yang tidak setuju. mungkin yang setuju adalah pernah membuat perkara terkutuk ini.

semasa hendak menjalang sungkai on the way to bandar kami berhujah memaparkan pandangan masing-masing tapi kami hanya tahu meliat dari perangai si pelaku ini.

syawal berpendapat : golongan ini bukan saja hanya memuaskan nafsu tapi physical kaum gay ini hanya lelaki tapi dalaman perasaan perempuan. lagipun gaya mereka ini metrosexsual.

syla berpendapat : mungkin golongan cinta sekaum ini memerlukan kasih sayang yang mendalam. meminta perhatian dari orang lain dan ini adalah peluang terbaik untuk bercinta.

bany berpendapat : mungkin orang segini kesunyian tanpa di peduli. ianya bukan lah salah suka seseorang tapi kalau melampaui batas ianya salah dari segi agama islam.

persoalanya kenapa harus cinta sejenis? kenapa tak terfikir? apa yang penting jahui lah yang dilaknat Allah

Santai Hujung Minggu

Sedar tak sedar sekarang puasa sudah masuk minggu ke-3. amalan terus meningkat mengharapkan malam lailatul Qadar dan tak kurang ada yang tak sabar menanti malam lailatul kadai. minggu ke-4 bulan puasa adalah hari yang dinantikan kanak-kanak yang ada hampir full puasa dengan dijanjikan hadiah-hadiah yang lumayan oleh ibubapa mereka. secara fizikal nya ianya nampak puasa kerna duit tapi kalau kita amat-amati kalau mereka sanggup puasa kerana duit kenapa tidak PUASA KERANA ALLAH?

ini kisah terjadi pada aku semasa kecil, puasa kerana duit. puasa ada 30 hari, kalau tak sampai 27 hari puasa grenty tak dapat wang.... ganjaran yang diberi macam orang yang kerja bergaji hari... sehari $5. tapi dahulu selepas puasa, raya pulak menyambut dengan angpaw (wang raya) yang banyak... selalunya dalam minggu 4 puasa geng-geng angpaw koleksi ini akan mengatur gerakan tuk membuat survey di hari raya... "Targer House" rumah besar adalah rumah harapan... banyak kereta tempat kedua.... tak ada kerja ini hasil semasa bulan puasa... best juga bila dikenang... hehe

ini bukan saja nak cerita tapi berkongsi pengalaman semasa kecil. aku percaya gerenty awda ada cerita sendiri...

Saturday, 20 August 2011

Dari satu kata terbongkar 1000 makna

Bahasa yang kita gnakan setiap hari ada maksud dari suku kaum atau bangsa lain. bagi bangsa melayu sendiri bahasa bukan saja bahasa dari satu tapi ianya bercabang banyak dan mempunyai maksud yang berbeza. didalam bahasa melayu sendiri aku akui memang banyak harus dipelajari dari segi penggunaanya. apa ang ingin dikongsikan sini ialah daripada maksud dari satu pergaulan bahasa... kisah bermula

didalam bulan ramadhan satu perkataan telah aku pelajari cerita bermula. sewaktu hendak bersungkai, seperti biasa minggu ke2 ramadhan gerenty ada saja majlis derma tuk anak2 yatim daripada dermawan yang baik hati. seperti biasa kerja reporter macam aku ni mesti buat coverage tanpa segan silu...

"Huda, petang ni nda payah makan dirumah pasal kita ada sungkai (bahasa Brunei) luar" Kata ku sambil bahagia, maklumlah makan free.....

"ok, jadinya tempat coverage tak ada makan? sungguh anih ya..." kata huda (merangkap videoman)

"gerenty ada, apa guna kalau kerja tidak ada makan?" aku menjawab...

"kok sungkai tu apa?" huda soal kembali...

"sungkai tu hendak berbuka puasa.." aku menjawab...

"oooo kalu kami disana itu 'NGABUBURIT' loh" huda memberitahu....

perbezaan bahasa mungkin ketara disini. Bersungkai dalam bahasa brunei, ngabuburit dalam bahasa indonsia dan berbuka bagi bahasa malasia dan singapore...


disini bahasa bukanlah satu pertelengkahan tapi ianya munkin membawa maksud yang berbeza. mungkin NGABUBURIT tidak bisai digunakan dibrunei kerana ianya membawa maksud yang lucah....

sekian saja untuk pengalaman bahasa

Sunday, 14 August 2011

Borneo Lautan Bintang


borneo adalah sebuah pulau dimana kepulauan borneo ini kebanyakan warisan melayu dan hasil borneo ini adalah minyak. borneo mempunyai 4 negara Brunei Darussalam, Sabah (malaysia), Sarawak (malaysia) dan Kalimantan (Indonesia).

bintang adalah lambang resmi negara vietnam. dimana antara kota bandarayanya ialah Ho Chi Minh yang diambil daripada nama seorang wira yang menyelamatkan negara vietnam dariada dijajah pada perang dunia ke-dua.

lautan adalah perantaraan pulau borneo dan negara Vietnam. 8811 adalah nombor bersejarah. tercetusnya jalinan yang erat antaranya. diharapkan membawa keselamatan, kebahagiaan di dunia dan Akhirat....

Bercerita tentang negaranya...


apabila bercerita tentang negaranya, sahabat yang pendiam membuka kisah dan menceritakan tentang negaranya. pengetahuan yang dilemparkan dari percakapan membuka mindaku yang agak sempit tentang negaranya. dia asyik menceritakan dengan lemparan senyuman yang indah. sahabat tinggal di brunei bukan penduduk tetap hanya bekerja disini teringat tentang kampong halamanya.

Pembukaan ceritanya ialah dari asal tempat tinggal menuju ke Jakarta. pertama kali dia ke jakarta pada umur yang muda bersama kawan dalam lingkungan umur 20 tahun. hanya menaiki motosikal atau lebih dikenali di negeranya Moto lelaki, sahabat menunggang sepanjang 1000++ kilometer selama 1 hari.

permulaan perjalananya pada waktu pagi, hanya berehat di bahu jalan dalam beberapa minit dan meneruskan perjalanan. apabila disampuk ceritanya oleh saya, "sepanjang perjalanan bukankah banyak pemandangan yang dilihat?" sahabat menjawap, "eya betul banyak pemandangan tapi kan perjalanan bukan digunakan kami saja, kereta truck, mobile juga menggunakan, jadinya pemandangannya kurang enak sikit"

apabila saya terfikir semasa bercerita sama sahabat, saya terbayang semasa saya 'homestay' di jakarta 4 hari 3 malam. saya pernah kesatu tempat iaitu KEMANG. tempatnya mungkin boleh dikatakan sesak pada hujung minggu. kawasan tempat berlibur tapi bagi saya yang tidak suka keadaan sesak, mungkin mencari sedikit ketenangan. dimana-mana kawasan dijakarta tidak ada yang sunyi. saya terfikir "macam mana penduduk disini boleh hidup dengan aman dengan keadaan sebegini" ya biarin saja yang mahu hidup... kata sahabat. "kan tempat saya seharusnya hidup disana berlomba-lomba. disana kalau mahu senang mesti punya uang, kalau mahu uang mesti ada kerja" sambung sahabat lagi.

seronok berceloteh bersama sahabat. yang pastinya bukan omong kosong. gue (saya) lagi fikirin kalo aku punya business di sana. kan bagus gitu?! mungkin hanya pengalaman cerita sahaja, lagi best kan kalau menjadi reality.

Tafrik huda - Indonesia
Amin - Brunei
Faisal - Brunei

Locasi - kadai Tutong

Saturday, 13 August 2011

Iklan Jawatan Kosong.

Seperti kita tahu solat adalah tiang agama yang harus kita dirikan. ianya bukan saja untuk mengadap Allah yang Esa tapi secara dalaman ianya memberikan ketenangan yang boleh memberikan Theraphy mental. ini pengalaman yang saya ingin kongsi. kewujudan sembahyang di muka bumi ini bukan saja amalan Allah turunkan tapi setiap pergerakan sembahyang ada maksud yang tersirat didalamnya.




Sembahyang penenang hati, sembahyang mendirikan semangat, sembahyang membawa kegembiraan, sembahyang penunjuk jalan, sembahyang segalanya. itulah yang ibaratnya sembahyang. serba sedikit pengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan dan dari segi syara' semua perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri salam. ibadah sembahyang adalah wajib untuk semua umat islam kerana ia disabitkan didalam Al-Quran firman Allah:




Bismillahirahmannirahim...




Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berzakatlah serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dia melindungi kamu maka (Allah yang sekian sifatNya). Dialah (Allah) saja yang sebaik-baik pelindung pemberi penolong. (Al-Haj 78)






kalaulah sembahyang umpama kerja, gaji dibayar dengan pahala dan masa bekerja diberikan 5min setiap kerja kan best!!! tapi masalahnya pahala tak nampak, masa bekerja hanya sekejap dan impak kerja (sembahyang) tidak dapat menghasilkan sesuatu perkara... keputusan hanya di Akhirat.



salam buat teman... bukan nak berceramah hanya untuk berkongsi pengalama...





Saturday, 6 August 2011

10 Fakta Menarik Tentang Jeans.




  1. Berdasarkan Survey yang dilakukan oleh MOTHERHOOD MOMS, responden lelaki kebiasaanaya akan mencuba 5 kali hingga 6 kali untuk mendapatkan. jeans terbaik. bagi wanita 10 kali percubaan.



  2. Di INDIA denim atau jeans yang dipakai oleh para kelasi berbangsa DHUNGA dikenali sebagai 'DUNGAREES'



  3. Jeans mula dipopularkan di Amerika Syarikat oleh seorang pedagang pakaian bernama LEVI STRAUSS ketika beliau berumur seawal 20an. ketika itu, beliau menjadi peniaga di sekitar SAN FRANCISCO.



  4. Pada awalnya jeans tidak diperbuat dari KAPAS. Perdagangan dan pertainan kapas yang semakin meledak sekitar ABAD KE-18 menjadi kapas sebagai pilihan utama. Para perkerja menggunakan fabrik jeans kerana diperbuat dari bahan TAHAN LASAK iaitu dari sejenis TANAMAN berwarna INDIGO yang ditanam di Amerika dan India.



  5. TEKSTIL JEANS yang asli telah dicipta pada tahun 1960an di GENEO, ITALI



  6. 20 MEI setiap tahun merupakan hari ulang tahun kelahiran BLUE JEANs



  7. Aktor Hollywood terkenal JAMES DEAN telah mempopularkan trend pemakaian jeans ketika dia membintangi sebuah film berjudul Rebel Without Cause. Sejak itu, jeans menjadi simbol PERBERONTAKAN dan PERGAUDHAN para remaja pada 1950 di Amerika.



  8. Seluar JEANS rekaan awal yang pertama mempunyai 5 KOCEK/ POKET. 2 kocek besar pada kedua-dua belah bahagian belakang dan depan. satu kocek lagi adalah dibahagian depan sebelah kanan.



  9. Jeans pernah dipakai oleh tentera-tentera Amerika untuk berperang tahun1879.



  10. panggilan sebenar untuk jeans atau denim ialah "BLEU DE GENES" oleh seorang yang berketurunan perancis yang membawa maksud BIRU GENOA

Tuesday, 2 August 2011

Landasan Kerata Api Merawat Penyakit

Salah satu kawasan kampong di Indonesia mempercayai landasan kerata api yang berjana electrik dapat membaiki penyakit lumpuh, kancing manis dan sebagainya. Rawatan Landasan kereta api ini di percayai jana kuasa elektrik ini mampu merawat pendarahan dalaman badan. apabila ditanya kepada seorang gadis yang mula-mula mengetahui perkara ini, beliau menerangkan yang beliau mempunyai penyakit kancing manis. pihak hospital memberitahu beliau harus memakan ubat yang disediakan oleh pihak hospital dengan kos yang mahal. beliau sendiri tidak sanggup membiayai ubat-ubat tersebut.

satu hari beliau membaca satu akhbar, dinegara China seorang lelaki muda yang hampa dengan kakinya yang lumpuh hendak bunuh diri dilandasan kereta api. apabila lelaki warga China itu berbaring diatas landasan, selepas berbaring dlm masa yang lama beliau merasakan kakinya dapat bergerak. apabila kereta api hendak menghampirinya beliau terus berlari keluar dari landasan tempat beliau berbaring. bagi lelaki china itu beliau merasakan keajaiban pada landasan kereta api itu.

sampai masa kini kepercayaan atau perubatan teknikal ini masih di amalkan di indonesia kawasan pedalam. ianya bukan saja mudah tapi terlalu murah untuk dibayar tanpa mengunakan wang. risiko pada perubatan ini terlalu tinggi dan boleh melibatkan kematian.

Friday, 3 June 2011

salam buat semua yang masih ada di blog wajah belait... semoga anda semua sihat..

Tuesday, 8 March 2011

salam sejahtera... baru-baru ini satu pengalaman yang baru telah ku tempuhi. Nice!! untuk aku pengalaman baru dapat menyedari... apa yang best nye apabila otak sudah blur, tak tahu nak buat...

kisah bermula pada sabtu (05.03.11) yang lalu, pagi aku tengah kerja... biasalah orang hidup repoerter nih kalau tak keluar ofis grenty tak sah!! kalau terparap dalam ofis grenty tak banyak info dapat... betul tak? nih pagi sabtu tengah syok keje konon nak cari info... sye pegi kat lokasi seorang pun tak ade kat lokasi... sye heran dan terus call ofis... "betul ker info aku dapat nie?!"dalam otak fikiran kawan pun tak balas call nie... kridet dah nak habis, aku pun blur terus balik ofis dengan muka marah kat kawan satu ofis... mereka fikir aku "datang bulan" aku pun hilang mood, ada seorang kawan nie, dia tanya kat sye,

"apa hal ko nie?" kawan tanya...
"tak de hal bro.. nih sye telefone ofis tak de jawap" saye jawap dengan nada pelahan
"ooohhhh tadi kite orang kena panggil oleh boss sekejap" kawan jawap...
"ape hal awak telefone?" kawan tanya lagi...
" tadi sye kat satu lokasi, sorang pun tak de, kira nak tanya pukul berapa majlis mula dekat function tue...." jawap dengan perasan hampa.
"kat mana bro" kawan tanya lagi...
"dekat kampong ......" sya jawap
"hahahahahaha engkau tahu tak hari ini hari sabtu?..."kawan gelak
"tahulah sye yang kerja kan?" saya jawap dengan heran
"memang engkau yang kerja... tapi majlis itu hari ahad lah bro" kawan cakap
"betul ker!!!" dengan nada yang terkejut dan heran...
"kerja-kerja juga, jgn sampai terlupa waktu" kawan nasihat...

mula pada hari itu, sye selaku reporter yang aktif berkerja ini, harus berwas pada lah kali ini... the main story is "DON't TOOO MUCH THINKING"

sekian....

Sunday, 23 January 2011

Khasiat Pisang

salam...

sekian lama tidak kedengaran suara didalam blog 'Wajah Belait' ini... sekarang ditahun baru ini saya selaku pembuka Blog ini bertanggungjawap atas blog ini untuk mengaktifkannya. sekarang blog ini adalah untuk awda buat rujukan atau bahan carian pengisian masa lapang jikalau perlu.

pada kali ini saya akan mengupas sedikit tantang KHASIAT PISANG... seperti kita tahu pisang juga ada mempunyai kahsitanya tersendiri. Kata orang "panas-panas pisang goreng" membawa maksud yang mendalam bagi mereka yang mempunyai perasaan yang hanya seketika tetapi orang tidak tahu yang pisang ini bukan saja untuk di goreng tapi ianya boleh mengurangkan penyakit.

Para pakar saintis dinegara eropah ada membuat kajian tentang piasng ini, mereka mengatakan Pisang boleh mengurangkan tekanan stress, menguatkan daya pemikiran dan yang penting ianya boleh membaik pulih orang yang menghadapi TEKANAN JIWA...

selain dari itu juga Pisang boleh mengurangkan darah tinggi, kolestrol, serangan jantung, anemia, kerosakan system penghadaman dan ada beberapa penyakit yang lain. 2 biji pisang mempunyai saluran tenaga yang tersendiri, dan ianya memberikan kita tengan selama 90min jikalau kita bersenam dalam sehari. jikalau kita lihat kenapa para-para atlit sukan disyorkan untuk makan pisang melebihi 5 biji? kerana pisang mempunyai TRYTOPHAN iaitu protin yang bertukar menjadi senotrin untuk memberi tenaga kepada orang yang melakukan sukan

mengikut kajian para saintis, bagi yang merokok atau menghidu asap tembakau itu ianya boleh mengurangkan dan sekalipun terus boleh memberhentikan, kerna apa ianya boleh membuang rasa ingin menghisap rokok...

NAH!! inigin mengilat kasut? ini adalah peluang awda untuk menunjuk bakat, ambil kulit pisang dan sapukan kepada kult kasut selama 5min selapas tiu gilap dengan kain dan jemur dibawah terik matahari. Bagi yang suka berkemping dihutan, beli pisang banyak-banyak kerna kulit pisan boleh menghalau nyamuk, caranya? ambil kulit pisang dan sapukan kulit pisang itu kebadan kita..

Ini adalah fakta yang kita lihat, Kenapa Monyet bergembira atau bahagia didalam hutan? kelakuan mereka terlalu aktif?... kerana mereka suka makan pisang, sebab pisang mempunyai banyak khasiat yang baik... Sekarang inilah peluang kita sendiri untuk mengurangkan atau menjauhi penyakit. "2 biji pisang boleh mengurang kekerapa kita untuk berjumpa doktor"

Sekian....