Saturday, 24 September 2011

Cukup sekali saja!!

selepas peringkat saringan pertandingan diadakan hanya 4 hantu yang layak ke peringkat akhir. perlawanan ini di adili oleh senior-senior dan juara-juara yang pernah manang di peringkat dunia. apabila acara ini bermula..

hantu pertama
"HAHAHA nah ini hasil ku, 3 kepala untuk kamu semua. hanya 1 jam 15 min ku habisi penduduk kampong jung serenuai"

tapi badan hantu itu tidak ada darah langsung dan sungguh pantas sekali. badan hantu itu sungguh besar dan semua hantu pesaing takut dan ini adalah gegaran yang pertama. sekarang hantu kedua mencuba nasib lagi...

hantu kedua...
"HUAHUAHUA dengan bangga ku bawakan 5 kepala tuk kamu semua. hanya 45min saja ku habisi penduduk kampong lang buana"

di bahagian bawah badan hantu itu berlumuran darah dan kepantasanya sungguh dikagumi oleh hantu-hantu yang lain. kini tiba pula hantu yang ketiga...

hantu ketiga...
" HUAHUAHA walaupn aku letih dan umur 500 tahun tapi dapat menghasilkan 10 kepala dan kampong lalang putih tiada lagi berpenghuni"

wah! lagi hebat hantu ktiga ini membuatkan hantu yang muda dari nya tercabar dan bangga dengan pencapaian yang sekejap hanya 30min tuk menghisap darah para penduduk kampong... sekarang tiba pula hantu ke empat seekor wakil hantu yang muda telah mengalahkan beratus-ratus hantu yang mengikuti peringkat awal. ini adalah satu kebanggaan bagi warga hantu muda. tidak kurang juga ada hantu yang iri hati dengan kehebatanya...

Perlawan terakhir dengan hantu ke empat bermula... satu... dua... tiga... MULAAAA...

hantu ini sepintas kilat meninggalkan perlepasan dengan angin yang kuat dan tiada meninggalkan kesan tapak kakinya... semua para hantu yang meliat kagum dengan kepantansan nya...

15min kemudian....

hantu-hantu yang lain bersorak dan gembira meliat dengan kepulangan hantu ke empat. kepantasanya selama 15 min ke garisan penamat sungguh menakjubkan dan habis berlumuran darah seluruh badannya. sudah tentu kemenangan itu miliknya. hantu itu tidak berkata apa-apa selepas dari sana... apabila bertanya kepadanya, dia hanya menangis sambil mengadu....

"sumpah aku tak lagi kacau penduduk kampong dan tak nak join korang dalam pertandingan ini lagi, habis aku dihantam oleh penduduk kampong, kena belasah dengan kayu kepala aku. habis berdarah badan ku, ni baju ku sapa nak cuci?"

No comments:

Post a Comment