Saturday, 15 October 2011

Unconfy

setiap perkara memerlukan keselesaan. tidak kiralah dalam dunia persembahan, kerja, kehidupan dan yang penting didalam pergaulan harian. pergaulan ini tiada terhad dari pada "personal contact" internet, business dan sebagainya. sekarang cerita hangat di sekeliling ku ialah perkataan UNCONFY... kisah intake lama dan intake baru menjadi perbualan hangat. intake lama ni kan meliat persembahan tanpa pengetahuan intake baru... setiba-tiba intake lama di halau keluar dari dewan latihan... hehehe semangat untuk melihat bertukar menjadi duka. sebagai intake lama mereka memberikan sokongan dan belajar melalui pengalaman tapi bagi intak baru ianya kurang senang dengan kehadiran intake lama ini...

suatu perkara lagi UNCONFY ialah pergaulan yang terbatas dengan perasaan yang sombong. satu masalah manusia yang sukar dihapuskan bila tuhan memberikan ilmu yang tinggi dan tidak mahu menerima semua perkara sekeliling. pepatah melayu ada berkata "ikut resam padi semakin tinggi semakin tunduk". adat-adat melayu banyak menyediakan nasihat, peribahasa, sajak dan lain-lain untuk panduan manusia bangsa melayu khususnya tapi melayu sendiri tidak mengaplicasikan sendiri.

tidak salah nak jadi sombong, sombong adalah hak individu tapi masalahnya kesombongan membawa kerosakan pergaulan. aku sendiri stress dengan kawan-kawan yang sombong terutama dalam golongan business dan punya pangkat tinggi dalam kerja. Ah!! peduli apa durang ada kerjaya, cakap apa-apa pun nda berbayar kecuali pakai telipon... aku manusia yang punya pengalaman hanya tunduk dan mengaminkan saja yang penting aku tahu sapa aku. semoga tiada lagi orang yang sombong ku jumpa selapas anie...

No comments:

Post a Comment