Sedar tak sedar sekarang puasa sudah masuk minggu ke-3. amalan terus meningkat mengharapkan malam lailatul Qadar dan tak kurang ada yang tak sabar menanti malam lailatul kadai. minggu ke-4 bulan puasa adalah hari yang dinantikan kanak-kanak yang ada hampir full puasa dengan dijanjikan hadiah-hadiah yang lumayan oleh ibubapa mereka. secara fizikal nya ianya nampak puasa kerna duit tapi kalau kita amat-amati kalau mereka sanggup puasa kerana duit kenapa tidak PUASA KERANA ALLAH?
ini kisah terjadi pada aku semasa kecil, puasa kerana duit. puasa ada 30 hari, kalau tak sampai 27 hari puasa grenty tak dapat wang.... ganjaran yang diberi macam orang yang kerja bergaji hari... sehari $5. tapi dahulu selepas puasa, raya pulak menyambut dengan angpaw (wang raya) yang banyak... selalunya dalam minggu 4 puasa geng-geng angpaw koleksi ini akan mengatur gerakan tuk membuat survey di hari raya... "Targer House" rumah besar adalah rumah harapan... banyak kereta tempat kedua.... tak ada kerja ini hasil semasa bulan puasa... best juga bila dikenang... hehe
ini bukan saja nak cerita tapi berkongsi pengalaman semasa kecil. aku percaya gerenty awda ada cerita sendiri...
No comments:
Post a Comment