Sunday, 14 August 2011

Bercerita tentang negaranya...


apabila bercerita tentang negaranya, sahabat yang pendiam membuka kisah dan menceritakan tentang negaranya. pengetahuan yang dilemparkan dari percakapan membuka mindaku yang agak sempit tentang negaranya. dia asyik menceritakan dengan lemparan senyuman yang indah. sahabat tinggal di brunei bukan penduduk tetap hanya bekerja disini teringat tentang kampong halamanya.

Pembukaan ceritanya ialah dari asal tempat tinggal menuju ke Jakarta. pertama kali dia ke jakarta pada umur yang muda bersama kawan dalam lingkungan umur 20 tahun. hanya menaiki motosikal atau lebih dikenali di negeranya Moto lelaki, sahabat menunggang sepanjang 1000++ kilometer selama 1 hari.

permulaan perjalananya pada waktu pagi, hanya berehat di bahu jalan dalam beberapa minit dan meneruskan perjalanan. apabila disampuk ceritanya oleh saya, "sepanjang perjalanan bukankah banyak pemandangan yang dilihat?" sahabat menjawap, "eya betul banyak pemandangan tapi kan perjalanan bukan digunakan kami saja, kereta truck, mobile juga menggunakan, jadinya pemandangannya kurang enak sikit"

apabila saya terfikir semasa bercerita sama sahabat, saya terbayang semasa saya 'homestay' di jakarta 4 hari 3 malam. saya pernah kesatu tempat iaitu KEMANG. tempatnya mungkin boleh dikatakan sesak pada hujung minggu. kawasan tempat berlibur tapi bagi saya yang tidak suka keadaan sesak, mungkin mencari sedikit ketenangan. dimana-mana kawasan dijakarta tidak ada yang sunyi. saya terfikir "macam mana penduduk disini boleh hidup dengan aman dengan keadaan sebegini" ya biarin saja yang mahu hidup... kata sahabat. "kan tempat saya seharusnya hidup disana berlomba-lomba. disana kalau mahu senang mesti punya uang, kalau mahu uang mesti ada kerja" sambung sahabat lagi.

seronok berceloteh bersama sahabat. yang pastinya bukan omong kosong. gue (saya) lagi fikirin kalo aku punya business di sana. kan bagus gitu?! mungkin hanya pengalaman cerita sahaja, lagi best kan kalau menjadi reality.

Tafrik huda - Indonesia
Amin - Brunei
Faisal - Brunei

Locasi - kadai Tutong

No comments:

Post a Comment