Saturday, 5 March 2016

Kebakaran Tanah Gambut

Kebakaran tanah gambut di kawasan Seria didearah Belait sepanjang jalan lebuhraya membuatkan satu fenomena udara terancam. Kebakaran ini disebabkan cuaca yang panas dan udara yang kering lalu memancarkan cahaya matahari ke daun-daun kecil dan ini menyebabkan kebakaran bermula. Selain dari itu, perintis hutan atau pun pemancing yang merokok mereka ini membuang potongan rokok sesuka hati. Sehingga kini setiap tahun apabila musim kering ada saja kebakaran berlaku.

TANAH GAMBUT ialah tanah yang belapis-lapis dari permukaan asal tanah yang sebenar. Ini kerana daun-daun kering, rumput kering dan isi kayu lembab tertindih menyebabkan tanah permukaan asal lebih jauh kedalam. Process tanah Gambut ini mengambil masa selama 40 tahun keatas tanpa di ganggu atau di datangi. Di Negara Brunei Darussalam, tanah Gambut ini memang ada dan berkawasan luas terutama di kawasan pedalaman. 


Salah satu punca kebakaran di tanah Gambut ini, bahang api akan berada di lapisan terbawah. Ini menyebabkan bahang-bahang api masih aktif walupn ditinggalkan selama 4-7bulan. Bahang api ini selalunya di akar-akar kayu yang besar didalam tanah gambut. Kerana akar-akar kayu besar boleh menyerap dan menyimpan bahang api. Apabila musim kering, bahang api ini mengeluarkan kepanasan lalu rumput-rumput kering mudah terbakar. 

Diharapkan fenomena ini akan berkurangan serta dapat di selasaikan oleh mana-mana pihak. Kerana jikalau ianya berterusan la akan membuat keburukan untuk generasi akan datang. Ozon lapisan langit akan koyak menjadi nipis, sinaran matahari akan mudah masuk ke bumi lalu persekitaran bumi akan menjadi panas. 



No comments:

Post a Comment